» ENGAGE360 » PROJEK KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP)
PROJEK KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP)
PROJEK KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP): USAHAWANTANI KEBUN BANDAR KAMPUNG MELAYU WIRA DAMAI, GOMBAK SELANGOR
Projek KTP: Usahawantani Kebun Bandar Kampung Melayu Wira Damai, Gombak, Selangor ini merupakan projek di bawah dana geran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi bagi membangunkan satu plot contoh pertanian bandaran kepada komuniti di kawasan sekitar Kampung Melayu Wira Damai yang telah bermula pada April 2025 yang lalu. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan komuniti khusus dalam bidang pertanian dan pembangunan landskap kebun pertanian bandaran disamping meningkatkan taraf sosio ekonomi komuniti setempat melalui penjanaan pendapatan hasil penjualan produk sayuran daripada kebun komuniti.
Keadaan kebun komuniti sebelum dibangunkan bersama pihak UPM
Seramai 15 orang komuniti aktif di Kampung Melayu Wira Damai telah mengikuti 5 siri pemindahan ilmu oleh pakar UPM berkaitan pengurusan tanaman sayuran, sistem fertigasi dan hidroponik, pengurusan penyakit dan perosak tanaman serta pengurusan hasil pasca tuai. Mengguna pakai konsep bergotong royong antara pihak komuniti dan Universiti Putra Malaysia bersama-sama menyediakan tapak kawasan kebun komuniti, Pembangunan plot kebun bandar sehingga ke peringkat pengeluaran hasil. Dalam tempoh 5 bulan pelaksanaan projek, komuniti sendiri telah berupaya mengeluarkan hasil sayuran segar (sawi, kangkong, salad) dengan jumlah hasil 70-80kg dalam tempoh 3 kali pusingan.
Kebun komuniti yang telah siap dibangunkan oleh komuniti bersama bimbingan UPM
Impak yang besar kepada komuniti di mana daripada tiada sebarang ilmu dan kemahiran dalam pengurusan kebun komuniti, mereka telah berjaya membangunkan plot kebun komuniti pertanian bandar yang lebih berfokus, tersusun dan sistematik melalui penggunaan sistem pertanian seperti fertigasi dan hidroponik serta pengairan semi-automatik di petak tanaman. Melalui Pembangunan kebun komuniti ini juga ianya telah mengurangkan serta menjimatkan kos harian komuniti dengan adanya hasil sayuran segar daripada kebun. Malahan hubungan erat antara komuniti juga telah terjalin dengan penglibatan aktiviti berkebun di lapangan.
University Community Transformation Centre (UCTC UPM), Industry and Community Relations Building, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
uctc_all@upm.edu.my
EMERGENCY LINE (24 HOURS) AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER