UPM bimbing banduan tanam rumput Napier
Ayer Keroh, 21 Oktober 2020- Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Putra Malaysia (UPM) membimbing seramai 36 banduan dan staf Penjara Agro Dusun Dato' Murad di sini baru-baru ini untuk menanam rumput Napier dan menghasilkan silaj berkualiti tinggi.
Projek di bawah Skim Geran Pemindahan Ilmu (KTGS) membimbing banduan mengenai kaedah penanaman dan pengurusan tanaman serta amalan agronomi rumput Napier untuk menghasilkan sumber makanan ternakan yang mencukupi dan berkualiti tinggi.