» ENGAGE360 » PROGRAM ISLAMIC PSYCHOLOGY HORTICULTURE (ISPA)
PROGRAM ISLAMIC PSYCHOLOGY HORTICULTURE (ISPA)
PEMERKASAAN KEMAHIRAN PERTANIAN DI BAWAH PROGRAM ISLAMIC PSYCHOLOGY HORTICULTURE (ISPA) KEPADA KEPULIHAN DADAH DAN PENINGKATAN EKONOMI PELATIH RUMAH SAHABAT
Pemerkasaan Kemahiran Pertanian di Bawah Program Islamic Psychology Horticulture (ISPA) kepada Kepulihan Dadah dan Peningkatan Ekonomi Pelatih Rumah SAHABAT adalah projek gabungan bersama Fakulti Pengajian Pendidikan UPM yang menumpukan pendekatan elemen psiko-pertanian untuk menambahbaik perkhidmatan rawatan bagi penghuninya di samping mencari alternatif terbaik untuk menampung kos perbelanjaan fasiliti. Psiko-pertanian adalah pendekatan yang menggabungkan prinsip psikologi dengan aktiviti pertanian untuk menyokong rawatan dan pemulihan dadah. Program ini bermula dari Jun 2025 menyediakan struktur harian, disiplin, dan tanggungjawab, membantu membina rutin hidup sihat, serta meningkatkan kesejahteraan mental melalui hubungan dengan alam semula jadi daripada aktiviti pertanian. Dalam program ini yang melibatkan seramai 35 orang klien Rumah SAHABAT diterapkan elemen psikologi dan islamik sepanjang melaksanakan aktiviti pertanian ke arah usaha kepulihan dadah. Sehingga kini, peserta sedang melaksanakan projek
Modul hortikultur yang dilatih kepada Rumah SAHABAT meliputi pelbagai teknik dan kemahiran pertanian secara menyeluruh merangkumi pertanian secara konvensional, pertanian tanpa tanah, pengurusan tanaman dan pengurusan pasca tuai. Sebanyak tujuh (7) modul hortikultur dilaksanakan secara bersiri yang diselarikan dengan pelaksanaan tanaman sayuran berdaun dan berbuah dengan menerapkan elemen yang dipelajari di kawasan seluas suku ekar di Rumah SAHABAT. Pemantauan berkala dan khidmat nasihat dalam pelaksanaan projek pertanian turut dilakukan untuk melihat keberkesanan dan impak psiko – pertanian dalam kepulihanan dadah di samping mengukur impak pelaksanaan projek kepada komuniti tumpuan.
University Community Transformation Centre (UCTC UPM), Industry and Community Relations Building, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
uctc_all@upm.edu.my
EMERGENCY LINE (24 HOURS) AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER