PROGRAM SEJATI MADANI @ KPT: PROGRAM PERTANIAN KOMUNITI TANAMAN MELON MENGGUNAKAN SISTEM TEKNOLOGI HIDROPONIK DAN AIOT
Program Sejati MADANI @ KPT: Program Pertanian Komuniti Tanaman Melon Menggunakan Sistem Teknologi Hidroponik dan AIOT dilaksanakan bermula 1 Oktober 2024 hingga 30 September 2025 yang melibatkan seramai 15 orang komuniti daripada Pertubuhan Komuniti Kampung Air Tawar (PAKAT), Banting,Kuala Langat, Selangor. Objektif program ini adalah untuk memperkasa kemahiran penanaman melon secara hidroponik melalui pemindahan ilmu teori dan praktikal dari aspek pengurusan tanaman yang baik, pengurusan pasca tuai dan potensi penghasilan produk berasaskan melon serta melahirkan komuniti PAKAT yang berkemampuan untuk menjalankan projek tanaman melon yang berdaya saing dan sistematik serta berpotensi dikembangkan kepada skala yang lebih besar.
UCTC telah bekerjasama dengan Fakulti Pertanian, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan serta Pusat Pertanian Putra dalam melengkapkan tiga (3) siri pemindahan ilmu yang menyeluruh kepada peserta program ini. Melalui pelaksanaan program ini, komuniti PAKAT telah melaksanakan tiga fasa penanaman melon yang melibatkan sebanyak 3000 pokok. Melalui program ini juga, projek tanaman melon yang diusahakan turut menerima khidmat nasihat secara terus dengan pakar – pakar pertanian yang terlibat dalam tanaman melon di UPM. Antara projek lain yang dilaksanakan di bawah projek melon ini adalah pemasangan Sistem Tadahan Air Hujan di rumah lindungan hujan untuk kegunaan projek ini.
University Community Transformation Centre (UCTC UPM), Industry and Community Relations Building, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
uctc_all@upm.edu.my
EMERGENCY LINE (24 HOURS) AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER