UPM SANTUNI KOMUNITI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » UPM SANTUNI KOMUNITI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

UPM SANTUNI KOMUNITI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Labuan, 15 Januari 2022 - University Community Transformation Centre - UCTC UPM bersama agensi tempatan Perbadanan Labuan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional WP Labuan telah menyantuni komuniti setempat sekitar Labuan bagi pelaksanaan projek komuniti transformasi pendapatan golongan B40 di bawah skim geran B40 Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Kementerian Wilayah Persekutuan.
 
Projek yang diketuai oleh Dr. Irwan Syah Md. Yusoff (Jabatan Pengurusan Sumber Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM) ini memberi penekanan dalam aspek transformasi pendapatan golongan B40 melalui penghasilan kraftangan daripada bahan-bahan kitar semula serta industri penghasilan produk hiliran berasaskan pertanian. Bagi pelaksanaan fasa 1 ini, ianya melibatkan advokasi umum berkaitan isu kepenggunaan atas talian, pemasaran dan bakul makanan sihat.
 
Pakar terlibat daripada Fakulti Ekologi Manusia iaitu Dr Irwan Shah Md. Yusoff, Dr. Shamsul Azahari Zainal Badari dan turut serta Prof. Madya Dr. Mohd Nizam Osman; Encik Muhammad Adip Mohd Tamami (UCTC UPM).
Projek ini bakal diteruskan lagi pada fasa seterusnya bulan Februari hadapan yang akan memfokuskan pemindahan ilmu di lapangan melibatkan komuniti tumpuan atau pun sasaran terdiri daripada usahawan-usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta golongan suri rumah. Sebanyak 8 projek skim geran komuniti B40 khusus untuk komuniti di WP Kuala Lumpur dan Labuan di bawah pelarasan UCTC UPM.
 

Date of Input: 17/01/2022 | Updated: 17/01/2022 | k_mhafis

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDcQAP~