Program Technical And Vocational Education Trainning (TVET) IPT For Society @ Keluarga Malaysia (UNiTY) | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » Program Technical and Vocational Education Trainning (TVET) IPT for Society @ Keluarga Malaysia (UNiTY)

Program Technical and Vocational Education Trainning (TVET) IPT for Society @ Keluarga Malaysia (UNiTY)

Batu Pahat, Program Technical and Vocational Education Trainning (TVET) IPT for Society @ Keluarga Malaysia (UNiTY) telah dilaksanakan pada 23-25 September 2022 di Kampung Bintang, Parit Sulong, Johor
Penglibatan seramai 15 orang sukarelawan daripada Unit Pembangunan dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Fakulti Kejuruteraan yang terdiri daripada profesor, pensyarah, staf sokongan serta pelajar telah ditugaskan dan berjaya membaik pulih sistem pendawaian elektrik di dua (2) buah rumah penduduk.
 
Skop pelaksanaan program UNiTY bagi menyokong tema Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi iaitu “Memperhebat Strategi, Melonjak Kecemerlangan” dengan memberi fokus pada strategi “Memacu Kesejahteraan Komuniti”. Objektif TVET UNiTY adalah membantu komuniti menerusi perkongsian kepakaran teknikal kejuruteraan, khidmat penyelidikan dan sains sosial dalam peningkatan kesejahteraan kehidupan dan sosio ekonomi.
 
Manakala ia bertujuan untuk berkongsi dan memindahkan teknologi dan pengetahuan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan berdasarkan bidang TVET daripada IPT seperti automotif, semi konduktor, penyaman udara dan elektrik.
Penglibatan UCTC UPM dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan UPM ini dapat menyumbang kepada kebajikan penduduk agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan selesa. Ia juga dapat membantu meluaskan kesedaran khususnya kepada pelajar terhadap kesusahan atau masalah yang dialami oleh sebahagian masyarakat.
 
 

Date of Input: 05/10/2022 | Updated: 05/10/2022 | m_syafiq

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEdHAn~