Perkasa Peranan Agensi Pertanian Demi Kelangsungan Hidup Rakyat | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » Perkasa peranan agensi pertanian demi kelangsungan hidup rakyat

Perkasa peranan agensi pertanian demi kelangsungan hidup rakyat

Prof Dr Norsida Man

SESEBUAH negara dan komuniti terdedah kepada risiko kemiskinan, kegawatan ekonomi, konflik politik dan perubahan cuacaekstrem, sekali gus menuntut satu pendekatan atau strategi lestari untuk memastikan mereka lebih ampuh dan tahan kepadaperubahan masa kini atau akan datang.


Masalah sering dihadapi komuniti hari ini adalah kemiskinan dan pendapatan rendah. Ia bukan sahaja berlaku kepada komuniti luarbandar atau desa, tetapi juga di bandar. Isi rumah mempunyai pendapatan rendah disebabkan peningkatan kos sara hidup yangtinggi.
Harga barangan makanan sering meningkat menyebabkan mereka menghadapi masalah keterjaminan bekalan makanan isirumah. Dalam hal ini, sektor komoditi pertanian sepatutnya dapat membantu mengatasi masalah yang timbul. Bagaimanapun,kejayaan sektor ini memerlukan strategi mantap dan usaha berpanjangan semua pihak.
Kelangsungan hidup komuniti atau rakyat di mana mereka berada sekali pun, soal keterjaminan bekalan makanan adalah perkarautama perlu diambil kira. Masalah keterjaminan bekalan makanan dihadapi pada peringkat negara disebabkan beberapa perkaraseperti kadar sara diri pertanian masih rendah, menyebabkan bekalan pertanian tidak mencukupi dan permintaan tinggi tidak dapatdipenuhi.


Kedua, kitaran ekonomi kurang memberangsangkan mengurangkan peluang pembelian dan penggunaan. Ketiga, perubahancuaca, musim dan iklim mengganggu kadar pengeluaran dan bekalan pertanian.
Faktor keempat pula adalah ketidaktentuan kadar inflasi, perubahan nilai faedah dan kadar tukaran dolar Amerika Syarikat (AS)menyebabkan gangguan import dan eksport serta dasar dan geopolitik tidak stabil sehingga mengganggu pengeluaran danperdagangan pertanian.
Pada peringkat isi rumah pula, beberapa faktor seperti pendapatan isi rumah rendah dan kemiskinan menyebabkanketidakmampuan komuniti, khasnya ketua keluarga untuk membeli makanan, ketidakupayaan mengakses makanan disebabkanfaktor logistik.
Lokasi kawasan kediaman tidak strategik dan tiada produk pertanian untuk dicapai serta dimiliki turut mempengaruhi kelangsunganketerjaminan makanan komuniti.

Maka, agensi komoditi pertanian perlu memainkan peranan mantap untuk memastikan sektor komoditi pertanian boleh membantumenjamin kelangsungan hidup rakyat.


Dikategori kepada empat pihak
Ketika ini banyak agensi terkait dengan komoditi pertanian dan mereka dikategorikan kepada empat pihak, iaitu agensipenyelidikan pertanian berperanan melaksanakan kajian meningkatkan mutu keluaran pertanian, agensi pengembangan pertanianberperanan menyebarkan pengetahuan dan teknologi, menawarkan khidmat nasihat teknikal dan motivasi serta galakan kepadapetani dan pengusaha pertanian.


Ini termasuk kategori agensi pembangunan tanah dan kawasan yang berperanan membangunkan kawasan pertanian sertamemastikan kesejahteraan hidup komuniti, institusi pengajian dan pendidikan pertanian yang berperanan mengeluarkan modalinsan diperlukan dan melaksanakan kajian menghasilkan input dan output pertanian mencukupi lagi berkualiti.
Dalam hal ini, agensi pertanian komoditi perlu memainkan peranan penting seperti:
● Membangunkan kawasan luar bandar dengan meningkatkan akses logistik dan perhubungan melalui pembangunan kawasanpertanian.
● Meningkatkan mutu pengurusan dan pemasaran pertanian.
● Memastikan perubahan amalan dan sikap petani, pengusaha dan pemegang taruh menerusi penggunaan teknologi tinggi untukkemajuan pertanian.
● Melonjakkan mutu pendidikan dan penyelidikan (R&D) berasaskan pertanian.
● Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan berasaskan pertanian secara langsung dan tidak langsung denganmenyediakan kemudahan modal sumber manusia serta modal perusahaan.
● Melaksanakan pertanian secara komersial dengan menghubungkan komuniti kepada komoditi untuk kepentingan bersama bagimelonjakkan ekonomi atas sumbangan sektor komoditi pertanian.
● Meningkatkan tahap sara diri pengeluaran bahan makanan.
● Memastikan bekalan makanan mencukupi selain menawarkan bahan mentah pertanian kepada industri tambah nilai lain.
Justeru, agensi komoditi pertanian yang ada hari ini amat diperlukan negara dan komuniti untuk mengukuhkan keterjaminanmakanan kerana peranannya penting dalam mengurus bahan mentah daripada pertanian, sebagai 'blok binaan' teras kepadaekonomi global. Tanpa akses kepada bahan mentah, pengeluar tidak boleh menghasilkan produk.
Agensi terbabit perlu mewujudkan rantaian bekalan teguh, urusan import dan eksport produk pertanian perlu diurus dengan baikserta cekap. Ketidakcekapan boleh menimbulkan masalah hubungan perdagangan serta menjejaskan pasaran komoditi pertaniannegara.
Dalam hal ini, agensi komoditi pertanian perlu menjadi penggalak kepada pembangunan ekonomi negara, memastikan industripertanian memberi kesan kepada perdagangan global kerana ia terikat dengan sektor ekonomi lain, menyokong penciptaanpekerjaan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi.


Hakikat paling penting, negara yang mempunyai sektor pertanian kukuh akan mengalami pertumbuhan guna tenaga dalam sektorlain. Ia juga menunjukkan pertumbuhan produktiviti pertanian dan infrastruktur pertanian teguh mempunyai pendapatan perkapitalebih tinggi kerana petani dan pengusaha menggunakan teknologi serta amalan pengurusan ladang yang baik untuk meningkatkanproduktiviti serta keuntungan pertanian mereka.


Usaha berterusan daripada komuniti pertanian dan agensi komoditi akan dapat membantu menjamin kelangsungan komuniti ataurakyat sesebuah negara seperti Malaysia dari segi keterjaminan bekalan makanan.


Penulis adalah Pensyarah Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber, Fakulti Pertanian, UPM

Date of Input: 25/03/2024 | Updated: 25/03/2024 | khairulazman

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEbQAe~