PROGRAM PERTANIAN ANGKAT ZON TENGAH 2 | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » PROGRAM PERTANIAN ANGKAT ZON TENGAH 2

PROGRAM PERTANIAN ANGKAT ZON TENGAH 2

10 JANUARI 2023 - SELASA

PROGRAM PERTANIAN ANGKAT ZON TENGAH 2: NURSERI DAN KEBUN BANDAR RUMAH TITIAN KASIH, TITIWANGSA, KL

 

Siri 2/2023 - Sistem Pengairan separa automatik dan Kepentingan Bercucuk Tanam.

Aktiviti ini adalah anjuran UCTC UPM dan Fakulti Pertanian UPM, dengan kerjasama SDARA85, GARDEN8.MALAYSIA dan Rumah Titian Kasih.

 

Seramai 40 orang telah terlibat dalam aktiviti ini yang terdiri daripada belia pelajar Fakulti Pertanian UPM, warga komuniti Garden8 dan penghuni rumah Titian Kasih.

 

Aktiviti perkongsian ilmu berkaitan sistem pengairan telah disampaikan oleh Dr Wan Fazilah secara teori dan amali di lapangan yang dibantu oleh para pelajar.

 

Pelajar turut dikongsikan kepentingan bercucuk tanam oleh Dr Jasmin dan pengalaman bercucuk tanam dan pembangunan kebun bandar oleh komuniti warga Garden 8 iaitu Puan Aida Haniza sebagai membuka minda kepada para pelajar.

 

Selain itu, aktiviti menyemai biji benih pelbagai sayur-sayuran menggunakan media peatmoss juga telah dilaksanakan dengan bimbingan pegawai UCTC.

 

Terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam program ini.

 

#BerilmuBerbakti

#santunikomuniti

#upm

#uctcupm

#fakultipertanian

#garden8

#sdara85

#kebunbandar

#KebunKomuniti

 

Date of Input: 22/02/2023 | Updated: 22/02/2023 | m_syafiq

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDdRAe~