Permasalahan Yang Dihadapi Oleh Petani Di Kawasan Sungai Panjang, Sabak Bernam | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » Permasalahan yang dihadapi oleh petani di kawasan Sungai Panjang, Sabak Bernam

Permasalahan yang dihadapi oleh petani di kawasan Sungai Panjang, Sabak Bernam

27 FEb 2024 - Pihak UCTC telah membuat lawatan di lapangan bersama pakar pertanian setelah menerima permohonan daripada petani berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh petani di kawasan Sungai Panjang, Sabak Bernam. Menurut petani sebanyak 1,500 ha kawasan penanaman padi menghadapi masalah yang sama, antara masalah yang dinyatakan oleh petani adalah tanah masam pada peringkat tengah dan akhir musim, pokok rebah dan kurang hasil.
 
 
Pihak UCTC telah menjemput pakar dari Fakulti Pertanian iaitu Dr. Roslan Ismail (Sains Tanah) untuk mengenalpasti masalah tanah, menjalankan pemindahan ilmu dan kepakaran dalam memberi khidmat nasihat. Hasil persampelan, didapati pH tanah natural dah sesuai untuk tanaman padi. Tetapi hasil pemantauan mendapati akar padi pendek dan akar aktif (putih) tidak banyak kerana tanah sudah terlalu padat dan perlu pengurusan semula.
 
 

Date of Input: 19/03/2024 | Updated: 19/03/2024 | khairulazman

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEbSAR~