Pemindahan Ilmu Penanaman Cendawan Tiram Kelabu | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » Pemindahan Ilmu Penanaman Cendawan Tiram Kelabu

Pemindahan Ilmu Penanaman Cendawan Tiram Kelabu

Pemindahan Ilmu Penanaman Cendawan Tiram Kelabu

18 Oktober 2022 - University Community Transformation Centre - UCTC UPM telah mendapat permohonan daripada komuniti Kelumpuk Bambu, Setiawangsa, Kuala Lumpur untuk mendalami lebih lanjut berkaitan penanaman cendawan tiram kelabu.

Pada 14 September 2022 yang lalu, komuniti telah berkunjung dan membuat perbincangan projek penanaman cendawan tiram kelabu serta melawat rumah cendawan UPM berskala kecil dan besar untuk mendapat gambaran awal berkaitan cendawan tiram kelabu.

Komuniti juga telah membeli 200 bongkah cendawan UPM di Pusat Pertanian Putra sebagai percubaan awal dan sebagai salah satu aktiviti komuniti di lokasi mereka.

Khidmat nasihat secara langsung di lapangan dapat dilaksanakan bagi melihat situasi penanaman cendawan yang telah dilaksanakan selepas 10 hari pengeluran hasil cendawan tiram kelabu, dan komuniti dapat mengetahui permasalahan yang dialami.

Semoga program yang dilaksanakan ini akan memberi manfaat dan membantu komuniti membangunkan diri dan keluarga melalui khidmat kepakaran UPM.

#UniversitiPutraMalaysia

#BerilmuBerbakti

#UCTCUPM

#Pertanianbandar

#Santunikomuniti

#Putracakna

#DariGedungIlmukeLapangan

#UniversitiuntukMasyarakat

Date of Input: 09/11/2022 | Updated: 09/11/2022 | m_syafiq

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEdGAY~