
UPM, Serdang – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti (ICAN 2023/2024) pada 29 September 2025.
ICAN 2023/2024 adalah acara dwi-tahunan yang ke-11, bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan rakan industri, komuniti dan warga kampus UPM di sepanjang tahun 2023 dan 2024. Libat sama mereka yang cemerlang dalam pelbagai aktiviti memasyarakatkan universiti untuk terus memacu pembangunan negara dan kefungsian sosial.
Majlis ini juga sebagai platform untuk meningkatkan motivasi warga kampus yang terdiri daripada pegawai dan pelajar yang terlibat dengan aktiviti jaringan industri dan komuniti untuk terus lebih cemerlang pada masa akan datang.
Date of Input: 19/08/2025 | Updated: 19/08/2025 | khairulazman

University Community Transformation Centre (UCTC UPM), Industry and Community Relations Building, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan