Briefing On Webometriks Rating | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » Briefing on Webometriks Rating

Briefing on Webometriks Rating

Taklimat ini telah disampaikan oleh En Shafree Ahmad dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi, UPM (IDEC)


13 Julai 2016, Serdang, Selangor – Bahagian Pemajuan Profesional dan Pemindahan Ilmu, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM menganjurkan satu taklimat ‘Penarafan Webometrics’ kepada pegawai- pegawai yang terlibat dalam proses penambahbaikan laman web bagi Pusat Tanggungjawab yang terlibat seperti Pejabat TNC Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRneT). Taklimat ini telah disampaikan oleh En Shafree Ahmad dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi, UPM (IDEC). Taklimat ini telah diadakan 10 Ogos 2016 (Rabu) bertempat di bilik latihan UCTC, UPM

Webometrics merupakan sistem penarafan di mana laman web dan visibiliti digunakan sebagai indikator untuk mengukur prestasi universiti pada peringkat global yang dijalankan oleh Cybermetrics Lab (Majlis Penyelidikan Negara Sepanyol, CSIC). 

Penilaian berdasarkan empat indikator utama penarafan web universiti iaitu ‘impact’, ‘presence’, ‘openess’ dan ‘excellence’ yang dikeluarkan setiap enam bulan pada Januari dan Julai setiap tahun. Semua indikator itu mengambil kira komitmen universiti terhadap pengajaran, hasil penyelidikan, prestij antarabangsa, rangkaian dengan komuniti termasuk industri dan ekonomi.



Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDcXAW~