SERDANG, 27 April 2020 – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM telah menganjurkan Bicara Pengembangan Siri 2.0 (ExtenT 2.0) melalui aplikasi ZOOM dan siaran langsung daripada Facebook live UCTC. ExtenT 2.0 merupakan program pertama UCTC secara atas talian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada masyarakat Malaysia dan dunia. Panel jemputan ialah Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin, Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM kepakaran dalam bidang ekonomi pertanian, panel kedua Prof. Madya Dr. Faez Firdaus Jesse Abdullah, Timbalan Dekan Penyelidikan Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti Perubatan Veterinar UPM kepakaran dalam perubatan ternakan ruminan, dan panel ketiga Prof. Madya Dr. Norsida Man, Ketua Jabatan Teknologi Pertanian, Fakulti Pertanian UPM kepakaran dalam bidang pengembangan dan pembangunan pertanian serta moderator Dr. Mohd Roslan Rosnon, Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, UPM. ExtenT 2.0 membincangkan isu berkaitan pengaruh polisi terhadap sektor pertanian dan makanan negara, cabaran pelaksanaan aktiviti pengembangan di lapangan semasa dan pasca COVID-19 iaitu adakah akan mengubah paradigma pengembangan serta kesan dan adaptasi pandemik COVID-19 di salam sektor pertanian. Bicara Pengembangan (ExtenT 2.0) boleh ditonton melalui youtube UCTC dan FB UCTC UPM dengan memberi pandangan dan pendapat berkaitan tajuk yang dibincangkan.
Youtube UCTC, UPM: https://www.youtube.com/watch?v=IC-ADHX6g44
FB Live UCTC: https://www.facebook.com/UCTC.UPM/videos/225092105450322/?v=225092105450322
Views: 3.2k (01 Mei 2020)
Date of Input: 18/08/2020 | Updated: 18/08/2020 | k_mhafis
University Community Transformation Centre (UCTC UPM), Industry and Community Relations Building, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan