BENGKEL PENULISAN BERITA U4S 2021 | University Community Transformation Centre (UCTC)
» NEWS » BENGKEL PENULISAN BERITA U4S 2021

BENGKEL PENULISAN BERITA U4S 2021

BENGKEL PENULISAN BERITA UNIVERSITY FOR SOCIETY (U4S)

Pada 22 April 2021 bertempat di Palm Garden Hotel Putrajaya, Bengkel Penulisan Berita University for Society (U4S) telah diadakan dan penceramah jemputan iaitu Dr. Syed Agil Shekh Al Sagoff, Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang kewartawanan, media komunikasi, perundangan dan polisi media Tujuan bengkel ini diadakan adalah memberi pemahaman bagaimana teknik penulisan laporan berita yang baik yang diamalkan oleh media komersial dan merancang penulisan berita serta kaedah mencari bahan yang berkualiti dan bermutu. Satu Jawatankuasa Buletin U4S telah diwujudkan yang terdiri daripada kalangan pegawai bertanggungjawab U4S di zon masing-masing. Jawatankuasa ini akan bertindak menyediakan laporan berita, artikel, publisiti dan promosi program U4S zon masing-masing ke peringkat kebangsaan.

Date of Input: 29/05/2021 | Updated: 01/06/2021 | k_mhafis

MEDIA SHARING

University Community Transformation Centre (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXETLA6~