SOALAN LAZIM | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

MENGENAI UCTC UPM
1
Apakah kemudahan yang terdapat di UCTC UPM?

UCTC UPM mempunyai satu bilik latihan yang mampu menampung 60 orang, satu bilik sumber berkapasiti 20 orang serta satu bilik mesyuarat utama yang mampu menampung 30 orang dalam satu-satu masa, juga kemudahan surau untuk staf dan orang awam. Hubungi 0397691805/ 1809 untuk tempahan fasiliti UCTC UPM. Lihat di sini

2
Dimana lokasi UCTC UPM? Bolehkah saya melawat UCTC UPM?

  • UCTC UPM berada di kawasan Multimedia Super Corridor, berdekatan dengan Putrajaya (10 minit)  dan lebih kurang 30 minit perjalanan untuk ke Kuala Lumpur, ibu kota negara.Klik sini untuk memastikan perjalanan anda terus ke UCTC UPM.
  • Kawasan di dalam UCTC UPM boleh dilawati oleh orang awam. Walau bagaimanapun kebanyakan kawasan pejabat hanya boleh dimasuki dengan kad staf sahaja. Sekiranya anda berminat untuk membuat lawatan ke UCTC UPM sila maklumkan kepada pihak universiti atau berhubung terus dengan pihak kami di talian 0397691805/ 1806 /1809
  • 3
    Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh UCTC UPM?

  • Membantu dalam proses membangunkan sistem amalan pengembangan yang dapat mempercepatkan proses pemindahan teknologi dari institusi penyelidikan kepada agensi pelaksana mahupun golongan sasar di lapangan,
  • Membangunkan program dan modul kursus atau latihan dalam meningkatkan profesionalisma staf agensi awam/NGO dan usahawan secara pakej dan permintaan semasa,
  • Mewujudkan jalinan dan pakatan strategik dengan institusi penyelidikan atau inovasi, institusi pelaksana dan juga sektor swasta untuk pembangunan usahawan tani, pemindahan teknologi tepat guna menerusi sistem pengembangan yang efisien dan mesra,
  • Membangunkan laboratori sosial sebagai perintis untuk pembentukan sistem amalan pengembangan yang unggul,
  • Membangunkan pusat rujukan sehenti (One Stop Referral Centre) dalam bidang pengembangan pertanian, keusahawanan tani, pendidikan profesional berterusan dan pendidikan sepanjang hayat.
  • klik sini untuk makluman lanjut


    BAHAGIAN PENGEMBANGAN PERTANIAN
    4
    Apakah peranan Bahagian Pengembangan Pertanian?

  • Sebagai perantara dalam proses perkongsian maklumat melalui pendidikan tidak formal dan kemahiran teknikal yang diperlukan oleh komuniti, industri dan agensi pelaksana dalam bidang pertanian dan keusahawanan;
  • Membantu penyelidik dan memudahcara dalam menyampaikan maklumat inovasi penyelidikan pertanian dan keusahawanan kepada komuniti, industri dan agensi pelaksana;
  • Kerjasama dalam melaksanakan program dan aktiviti yang relevan kepada komuniti, industri dan agensi pelaksana yang berminat terutama dalam bidang pertanian dan keusahawanan.
  • klik sini untuk maklumat lanjut

    5
    Bagaimana prosedur untuk mendapatkan perkhidmatan bas Pengembangan PUTRA tersebut bagi aktiviti/program komuniti?

    Permohonon boleh dibuat dengan muat turun borang di laman sesawang UCTC UPM (http://www.uctc.upm.edu.my/perkhidmatan/bas_pengembangan_putra-6314) .Seterusnya hantar borang yang lengkap di isi di alamat berikut: Urusetia Bas Pengembangan PUTRA
    Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
    Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM)
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang, Selangor

    Email: uctc_all@upm.edu.my 
    Tel: 0397691805/ 1806

    6
    Siapakah yang perlu dihubungi jika ingin berbincang mengenai projek komuniti yang berpotensi atau untuk mengatur perjumpaan?

    Boleh hubungi pegawai Bahagian Pengembangan Komuniti UCTC UPM di talian 03-97691806/1813/1815/1817/1820/1821. Lihat disini untuk hubungi pegawai terlibat.


    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
    7
    Apakah bentuk kursus/latihan yang dianjurkan?

  • Menyediakan pakej latihan dan kursus;
  • Mengendalikan kursus dan latihan luar dan dalam UPM;
  • Membantu entiti UPM dalam kegiatan penyebaran dan perkongsian. pengetahuan seperti mengadakan persidangan, seminar, kursus, latihan dan bengkel.
  • klik sini untuk maklumat lanjut

    8
    Siapakah kumpulan sasaran berkaitan kursus/latihan yang ditawarkan?

  • Sektor awam dan swasta
  • Masyarakat umum
  • Staf UPM
  • Petani/Peladang
  • Masyarakat antarabangsa
  • klik sini untuk maklumat lanjut

    9
    Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perkhidmatan dan maklumat berkaitan kursus/latihan?

  • Melalui laman web UCTC (http://www.uctc.upm.edu.my)
  • Melalui portal pendidikan sepanjang hayat UCTC (http://www.kursusupm.blogspot.com)
  • Melalui propektus yang dikeluarkan pada setiap tahun.
  • Berhubung terus dengan staf bahagian 
  • 10
    Adakah Bahagian juga boleh menawarkan kursus kepada organisasi luar sekiranya mendapat permintaan?

    Ya, Bahagian akan melaksanakannya dengan cara:

  • Mengendalikan kursus permintaan daripada organisasi luar seperti IPTA, IPTS, syarikat swasta, badan kerajaan dan lain-lain secara khusus atas persetujuan bersama.
  • Mengadakan perkongsian pintar antara UCTC dan organisasi yang berminat
  • klik sini untuk maklumat lanjut

    11
    Bolehkah Bahagian melaksanakan program sangkutan pelajar daripada organisasi luar atau institusi luar bersama Universiti Putra Malaysia untuk tempoh tertentu?

    Pihak Bahagian boleh melaksanakan program tersebut dengan menyediakan bentuk program yang diminta dengan tempoh yang ditetapkan. klik sini untuk makluman lanjut


    JARINGAN KOMUNITI
    12
    Apakah bahan rujukan pelaksanaan dan pelaporan projek jaringan komuniti UPM?

  • Prosedur Pelaksanaan Pengurusan Jaringan Komuniti
  • Garis Panduan Pelaksanaan Jaringan Komuniti
  • Senarai Semak Jaringan Komuniti
  • * Dokumen tersebut boleh dirujuk melalui  http://reg.upm.edu.my/eISO/

    13
    Apakah Sub-KPI JINM Jaringan Komuniti?

    Sub-KPI JINM Jaringan Komuniti adalah:

  • Bilangan Jaringan Komuniti
  • Bilangan Projek Komuniti Berimpak Tinggi (4 & 5 Bintang)
  • Bilangan Geran Projek Komuniti
  • Bilangan staf terlibat dengan projek komuniti (2 - 5 bintang)
  • Bilangan Program Angkat Komuniti
  • Bilangan Program Komuniti di arena Antarabangsa
  • 14
    Apakah prinsip pelaksanaan projek Jaringan Komuniti?

    Prinsip pelaksanaan Jaringan Komuniti adalah:

  • Berasaskan keperluan komuniti;
  • Berasaskan kajian, fakta, kesesuaian & jelas;
  • Bermula dengan rapport bersama gate keeper;
  • Komuniti yang responsif;
  • Jaringan komuniti bersifat bebas;
  • Membentuk jaringan/ Kolaborasi pelbagai pemegang taruh/media;
  • Pelaporan
  • 15
    Apakah definisi umum komuniti?

    Komuniti adalah kumpulan orang/masyarakat/kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat kecenderungan, kepentingan dan lain-lain yang serupa.

    16
    Apakah bentuk kerjasama dalam projek Komuniti dengan pihak Universiti?

    Antara Program Komuniti yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut: (i) Jaringan Antarabangsa (ii) Kesejahteraan Komuniti (iii) Program Pembangunan Modal Insan (iv) Penghayatan Alam dan Budaya (v) Program Inkubasi (vi) Program Inovasi dan Reka cipta (vii) Program Kanser (viii) Program Pembangunan Halal (ix) Program Pembangunan Orang Asli (x) Program pembangunan Usahawan (xi) Khidmat Pengembangan dan Komuniti (xii) Program Warga Emas (xiii) Promosi Universiti dan Kepakaran (xiv) Sekolah Angkat.

    17
    Apakah 7 kluster bagi program khidmat komuniti UPM?

    7 kluster tersebut adalah seperti berikut:

  • Komuniti Setempat
  • Komuniti Pertanian
  • Belia
  • Warga Emas
  • Pesakit Kanser
  • Orang Asli
  • Pendidikan Kanak-kanak
  • Kemaskini:: 07/12/2021 [k_mhafis]

    PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03-9769 1805/ 1806
    03-8946 4107/ 4114
    SXDTMAJ~