MAJALAH PENGEMBANGAN | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI

» MAJALAH PENGEMBANGAN

MAJALAH PENGEMBANGAN

 

Susur galur Majalah Pengembangan UPM

Majalah Pengembangan UPM telah diterbitkan pada Disember 1976 (Jilid 1, Bilangan 1) sebagai panduan kepada pekerja pengembangan yang terdiri daripada pegawai di agensi kerajaan seperti RISDA, FELDA, KADA, MADA dan juga Jabatan Pertanian. 

Tujuan utama penerbitan majalah ini adalah sebagai perkongsian ilmu dalam bidang kepakaran pegawai pengembangan yang terdiri daripada pensyarah, pegawai pertanian dan juga penolong pegawai pertanian di Universiti Pertanian Malaysia pada masa itu. 

Majalah Pengembangan berbeza dengan jurnal ataupun bahan bacaan yang lain kerana majalah ini memaparkan hasil penulisan pegawai pengembangan UPM dalam semua aspek termasuklah pertanian, teknologi makanan, penternakan, tanaman getah, padi serta tanaman kontan di awal penerbitannya.

Ia dicetuskan oleh Naib Canselor yang kedua iaitu Tan Sri Nayan Ariffin dan direalisasikan oleh Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan yang diketuai oleh Prof. Dato’ Rahim Sail pada masa itu. Majalah tersebut memainkan peranan sebagai satu cara penyebaran ilmu daripada universiti kepada masyarakat di luar.

Berkembang seiring dengan peredaran masa dan juga pembangunan negara, Majalah Pengembangan telah bertukar daripada segi rupa dan juga pengisiannya. Isi kandungan majalah tersebut juga telah berkembang merentas bidang seperti bidang komunikasi, pembangunan komuniti, perubahan organisasi, kesukarelawanan, komputer dan kerja, pendidikan dewasa, pendidikan non-formal, kepimpinan dan pengurusan, latihan, pengajaran dan pembelajaran. 

Perkembangan ini melambangkan peranan dan bidang kesemua fakulti di dalam UPM. Oleh yang demikian, Majalah Pengembangan UPM akan diterbitkan semula bagi memenuhi keperluan pekerja pengembangan di UPM dan juga semua agensi pembangunan di Malaysia.

- Majalah Pengembangan (edisi 1)

SXETNAz~