Bas Pengembangan PUTRA merupakan salah satu daripada program jalinan masyarakat berasaskan khidmat nasihat dan rundingan untuk mendekati masyarakat secara langsung. Melalui pendekatan ini, khidmat pengembangan dalam bidang yang relevan dapat diberikan kepada kumpulan sasar di kawasan yang terpilih. Program pengembangan universiti ini dilaksanakan secara perkongsian pintar bersama-sama PTJ lain di UPM dalam pelbagai kluster dan agensi setempat yang berkaitan.
Program Pengembangan UPM melalui bas Pengembangan PUTRA adalah hasil kesinambungan dari pelbagai aktiviti pengembangan yang telah dilaksanakan oleh UPM dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan yang dihadapi oleh golongan sasar dan agensi pembangunan di beberapa tempat di seluruh negara.
Bas Pengembangan PUTRA berkonsepkan "UPM bergerak" turut dilengkapi dengan peralatan seperti makmal mini diagnosis, bahan rujukan, ruang perbincangan dan lain-lain. Selain itu program akan disertai dengan klinik pakar, pameran serta pertunjukan kaedah yang relevan dengan komuniti.
Sila hantarkan borang berkenaan yang lengkap di isi kepada:
Urusetia Bas Pengembangan PUTRA Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor Fax : 03-9769 4114 / 4107 Tel : 03-8947 1816/ 1848
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM), Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
uctc_all@upm.edu.my
TALIAN KECEMASAN (24 JAM) PUSAT POLIS BANTUAN & KESELAMATAN UNIVERSITI