UCTC telah menganjurkan program Cilik Pertanian bersama kanak-kanak di Pulau Omadal, Sabah pada 20 Jun 2022. Program ini disertai seramai 10 orang kanak-kanak di antara 9 ke 13 tahun. Program bertujuan bagi menggalakkan kanak-kanak celik tahu tentang bidang pertanian dan meransang minat kanak-kanak terhadap ilmu pertanian melalui pelbagai aktiviti amali dijalankan. Antara aktiviti dijalankan termasuklah semaian biji benih, memasukan anak pokok dalam tray hidroponik dan membuat set hidroponik ringkas. Kesemua aktiviti dikendalikan oleh Pegawai Pertanian dan Penolong Pegawai Pertanian UCTC UPM sendiri. UCTC sememangnya akan terus melaksanakan program ini bagi menggalakkan pelbagai lapisan umur agar celik pertanian dan menyemai minat terhadap pertanian sejak dari awal lagi.
Date of Input: 19/07/2022 | Updated: 19/07/2022 | k_mhafis
University Community Transformation Centre (UCTC UPM), Industry and Community Relations Building, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan