17 Februari 2024 - Majlis Perasmian Waqaf Tani Komuniti UPM-Waqaf An Nur di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor).
Antara yang telah diusahakan oleh komuniti adalah penanaman sayuran secara konvesional, kaedah penanaman secara sistem fertigasi, hidroponik dan NFT serta penanaman cendawan dan ternakan akuakultur. Projek ini telah mula menunjukkan impak dari segi peningkatan sosio ekonomi komuniti melalui penghasilan dan penjualan hasil tani segar dari kebun serta produk hiliran berasaskan pertanian.
Date of Input: 06/03/2024 |
Updated: 06/03/2024 | khairulazman
MEDIA SHARING