Data Survey By UCTC UPM With Relevan Agencies At Desa Long Semadoh | University Community Transformation Centre (UCTC)
Data Survey by UCTC UPM with relevan agencies at Desa Long Semadoh


Long Semadoh, 23 Oktober 2016 – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM di bawah projek Pembangunan Pusat Pengkomposan dan Kemahiran Komuniti Desa Long Semadoh di Parlimen Lawas, Sarawak telah mengadakan lawatan awal dan pengumpulan maklumat merentasi Desa Long Semadoh pada 22 hingga 24 Oktober 2016 lalu.

Lawatan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hawa ZE Jaafar, Pengarah UCTC, Prof. Madya Dr. Azwady Abd Aziz, Fakulti Sains, Dr. Shazali Johari, Fakulti Perhutanan serta Encik Mohamad Hafiz Adnan, UCTC.

Aktiviti ini turut disertai oleh Jabatan Hutan Sarawak selaku rakan strategik projek di lokasi. Antara aktiviti  yang dilaksanakan adalah pengecaman spesies dan kesesuaian cacing tempatan yang akan digunakan dalam projek vermikompos. Selain itu, maklumat berkaitan sumber-sumber pertanian juga diperlukan untuk merencana potensi industri asas tani komuniti setempat.

Perbincangan bersama ketua-ketua kampung daripada 10 buah kampung sekitar juga diadakan bagi mendapatkan maklumat secara menyeluruh di samping temubual bersama penduduk setempat.

Hasil maklumat yang diperoleh, Desa Long Semadoh ini mempunyai potensi besar dalam pembangunan sosioekonomi komuniti melalui agro keusahawanan dan ekopelancongan yang boleh diketengahkan.

 



Updated:: [zaidi_tajuddin]

AACSB International SIRIM UKAS