Beranang, 15 September 2016- UCTC UPM telah melaksanakan kaedah pemindahan ilmu melalui penerangan teori secara bersemuka dan latihan praktikal ladang bagi menyelesaikan isu pengurusan ternakan ruminan di Kampung Kuala Pajam, Beranang, Selangor.
Program dilaksanakan dengan kerjasama Mini RTC Kuala Pajam melalui peruntukan daripada NBOS selama 3 bulan bermula pada Mei 2016 hingga Ogos 2016 ini telah melibatkan seramai 10 orang yang terdiri dari penternak ternakan ruminan sekitar Kuala Pajam, Beranang. UCTC UPM juga turut menawarkan kursus ternakan ayam kampung dan keusahawanan wanita di Kuala Pajam dan berjaya menarik penyertaan seramai 30 orang penduduk setempat dalam usaha menambahan pendapatan sampingan dan kepelbagaian bidang usaha.
Sepanjang 3 bulan ini, peserta telah menunjukan peningkatan pengetahuan dalam pengurusan ternakan serta kelestarian melalui kepelbagaian bidang usaha.
Date of Input: | Updated: | amir_peli
University Community Transformation Centre (UCTC UPM), Industry and Community Relations Building, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan