Program Transformasi Komuniti | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» PROGRAM KOMUNITI » Program Transformasi Komuniti

Program Transformasi Komuniti

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM berperanan sebagai penyelaras program komuniti universiti dengan meletakkan UPM sebagai universiti pengendali khidmat pengembangan atau komuniti yang terunggul. Berasaskan Pelan Strategik UPM 2011-2013 dan 2014 - 2020, UCTC dipertanggungjawabkan untuk menerajui Matlamat 3 iaitu melonjakkan perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat dan mencapai Matlamat 4 iaitu memperkasa UPM sebagai pusat kecemerlangan pertanian. 

Dalam usaha mendukung matlamat UPM untuk menjadi Universiti tersohor yang sentiasa memberikan sumbangan ke arah pembangunan lestari, pembangunan rakyat, kekayaan Negara serta keterlibatan di peringkat antarabangsa; Universiti telah mengenal pasti tujuh komuniti tumpuan untuk dijalankan aktiviti. Penumpuan ini bagi memastikan aktiviti yang dilakukan dapat memberi impak yang boleh diukur daripada hasil  kerjasama tersebut. Komuniti tersebut ialah:

SENARAI 7 KLUSTER BAGI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI UPM

  1.  Komuniti Setempat
  2.  Komuniti Pertanian
  3.  Belia
  4.  Warga Emas
  5.  Pesakit Kanser
  6.  Orang Asli
  7.  Pendidikan Kanak-kanak

 

SENARAI 15 PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI UPM

  1. Bandar Hijau Serdang (Projek Khas Universiti)
  2. Jaringan Antarabangsa
  3. Kesejahteraan Komuniti (Community wellbeing )
  4. Pembangunan Modal Insan
  5. Penghayatan Alam dan Budaya
  6. Program Inkubasi
  7. Program Inovasi dan Rekacipta
  8. Program Kanser
  9. Program Pembangunan Halal
  10. Program Pembangunan Orang Asli
  11. Program Pembangunan Usahawan
  12. Khidmat Pengembangan dan Komuniti
  13. Program Warga Emas
  14. Promosi Universiti dan Kepakaran
  15. Sekolah Angkat
 
Link ke Sistem Pengurusan ISO UPM 
 
Carian Dokumen :- Kod Dokumen (SOK/JINM/GP02/JARINGAN KOMUNITI)
 
 
 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,HUBUNGI KAMI:

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400, Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

No. Telefon : +603-9769 1805/ 1806/ 1809
No. Faks : +603-8946 4114/4107
Email: uctc_all@upm.edu.my

Kemaskini:: 20/11/2020 [zaidi_tajuddin]

PERKONGSIAN MEDIA

B1606180297