Pembangunan Pemajuan Profesional | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» PROGRAM KOMUNITI » Pembangunan Pemajuan Profesional

Pembangunan Pemajuan Profesional

Inisiatif UCTC dalam memperkasa penubuhannya terus diperkukuh berdasarkan jalinan pakatan strategik melalui program berbentuk latihan dan pembangunan professional sama ada di peringkat nasional mahu pun di arena antarabangsa. Secara langsung, kursus dan latihan kemahiran yang dilaksanakan UCTC menyokong Lonjakan Ke-3, Ke-4 dan Ke-8 dalam PPPM(PT). Inisiatif juga sedang dibangunkan untuk menjadikan sebahagian latihan dilaksanakan secara talian seterusnya menyokong Lonjakan Ke-9 dalam pelan pembangunan yang sama.

Libatsama UCTC dengan organisasi tempatan terutamanya yang menjalankan pengembangan akan dilonjakkan untuk mendapatkan lebih liputan bagi penjualan perkhidmatan UCTC. Penekanan perkhidmatan juga akan diberikan kepada guru-guru politeknik dan sekolah-sekolah vokasional untuk mematapkan tahap pembelajaran mereka dalam TVET kelak (Lonjakan Ke-4).

Sehingga kini, sebanyak 32 program latihan dilaksanakan di peringkat nasional dan antarabangsa.

KURSUS DAN LATIHAN DI PERINGKAT NASIONAL.

Kolaborasi penganjuran latihan bersama agensi tempatan terus dimantapkan melalui pembangunan modul latihan yang intensif kepada personel agensi; antaranya Agro Bank, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Tabung Haji, Tekun Nasional dan syarikat-syarikat swasta.

KURSUS DAN LATIHAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA.

Libatsama UPM di peringkat antarabangsa diperkukuhkan dengan program yang berimpak tinggi terutamanya dalam membantu mentransformasikan kredibiliti pegawai dan mewujudkan perkongsian idea ke arah kemajuan kedua buah negara. Perkhidmatan yang sering mendapat tumpuan adalah seperti berikut:

  • Bangladesh, Sri Lanka, Pakistan dan Thailand merupakan pakatan strategik yang sering mendapatkan kerjasama daripada UCTC.
  • Tahun 2016 telah dipersetujui dan akan dilaksanakan 6 siri program latihan kolaborasi bersama Ministry of Public Administration (MoPA), Bangladesh. Jalinan strategik yang terjalin sejak 2006 bersama pihak Bangladesh ini meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada kepakaran UPM untuk membantu mencapai status negara maju “middle income”  Bangladesh menjelang 2021 melalui program Advanced Course on Administration & Development (ACAD). Dianggarkan 200 orang peserta akan hadir untuk mengikuti program ini.
  • Program yang sama pada tahun 2013 dan 2014, sebanyak 7 dan 9 siri program secara turutan telah berjaya dilaksanakan dengan keterlibatan lebih dari 500 peserta pegawai atasan Bangaladesh.
  • Beberapa siri lawatan kerja ke luar negara terpilih untuk mengikat perjanjian perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh UCTC . Perkhidmatan sama ada dijalankan di UCTC UPM atau pun diadakan di luar negara.

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,HUBUNGI KAMI:

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400, Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

No. Telefon : +603-9769 1805 / 1806 /1809
No. Faks : +603-8946 4114/4107
Email: uctc_all@upm.edu.my

Kemaskini:: 20/11/2020 [zaidi_tajuddin]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETFA2~