Putra Cakna: Kebun Komuniti Sri Sedeli, Klang | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Putra Cakna: Kebun Komuniti Sri Sedeli, Klang

Putra Cakna: Kebun Komuniti Sri Sedeli, Klang

7 Julai 2022 - Putra Cakna: Kebun Komuniti Sri Sedeli, Klang. Siri 3 perkongsian ilmu berkaitan Kaedah Penggunaan Baja Organik. Pada kali ini, penglibatan industri oleh Puan Nur Wahidah Hambali, CEO Sri NF Services berkaitan penggunaan baja organik. Ini juga merupakan kerjasama industri dalam konsep Penta-Helix yang mendokong matlamat libat sama pelbagai pihak dan SDG17 PARTNERSHIPS. Beliau turut berkongsi kebaikan baja organik dan kaedah penggunaan baja sri organik dalam membantu meningkatkan tahap kesuburan tanah dan memperbaiki struktur tanah. Ini merupakan masalah utama di kebun komuniti ini yang mempunyai tanah yang keras dan kurang subur. Pada masa yang sama Puan Nur Wahidah juga berbesar hati untuk menyumbangkan 1 set baja organik dan lebih kurang 120 pek biji benih sayur-sayuran. Terima kasih Puan Wahidah Sri Organik di atas sumbangan dan perkongsian ilmu organik. Semoga dimudahkan urusan dan dimurahkan lagi rezeki. Semoga ini juga dapat meningkatkan keyakinan dan semangat komuniti dalam bercucuk tanam secara organik.
 

Tarikh Input: 14/07/2022 | Kemaskini: 14/07/2022 | k_mhafis

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEUVAO~