PROJEK KEBUN BANDAR KOMUNITI PASIR GUDANG | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » PROJEK KEBUN BANDAR KOMUNITI PASIR GUDANG

PROJEK KEBUN BANDAR KOMUNITI PASIR GUDANG

Pasir Gudang, 16 Oktober 2022 – University Community Transformation Centre - UCTC UPM telah berkolaborasi bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang untuk melaksanakan Siri 3 Projek Kebun Bandar Komuniti Pasir Gudang kepada komuniti Pasir Gudang, Johor.

Projek ini merupakan projek pertanian angkat UPM yang bertujuan membudayakan amalan pertanian bandar, meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pemindahan ilmu melalui pakar UPM dan penjanaan ekonomi & pendapatan sampingan komuniti. Projek yang diketuai oleh Dr. Nor Elliza Tajiddin dan beberapa orang ahli daripada Fakulti Pertanian yang dilaksanakan selama 1 tahun bermula Jun 2022 membawakan pakar mengikut bidang tumpuan masing-masing terus kepada komuniti.

Sesi pemindahan ilmu siri ketiga ini melibatkan pakar dari Fakulti Pertanian iaitu Dr. Sarah Baharudin dengan tajuk Media Tanah dan Bukan Tanah serta Dr. Elisa Azura Azman bagi tajuk Penghasilan Kompos dan Plant Booster. Pemindahan ilmu telah dilaksanakan secara teori dan amali kepada 42 orang komuniti dari kebun komuniti Pasir Gudang selaras dengan moto UPM Berilmu Berbakti.

Projek ini dapat membantu komuniti di Pasir Gudang, Johor berilmu berkaitan pertanian dengan membawa pakar UPM ke Pasir Gudang dari selaras dengan slogan Dari Gedung Ilmu Ke Lapangan.

Semoga program yang dilaksanakan ini akan memberi manfaat dan membantu komuniti membangunkan diri dan keluarga melalui khidmat kepakaran UPM.

 

 

#UniversitiPutraMalaysia

#BerilmuBerbakti

#UCTCUPM

#MajlisBandarayaPasirGudang

#FakultiPertanianUPM

#DariGedungIlmukeLapangan

#UniversitiuntukMasyarakat

Tarikh Input: 09/11/2022 | Kemaskini: 09/11/2022 | m_syafiq

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEbFAW~