Program PUTRA@Komuniti Surada Tingkat Pengetahuan Komuniti | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Program PUTRA@Komuniti Surada Tingkat Pengetahuan Komuniti

Program PUTRA@Komuniti Surada Tingkat Pengetahuan Komuniti

Kajang, 6 Mei 2018 – Pusat Transformasi Komuniti Universiti  (UCTC UPM)  telah mengadakan program PUTRA@KOMUNITI SURADA di bawah projek KTGS 2018. Siri pemindahan ilmu kali ini bersama komuniti Taman Desa Surada berkenaan pengecaman herba dan perangkap nyamuk.

Turut terlibat dalam aktiviti ini adalah perkongsian maklumat dari Encik Yusof, Pegawai dari Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat sebagai rakan kolaborasi. Seterusnya sesi demonstrasi cara membuat perangkap dan penghalau nyamuk oleh Puan Faridah Abdullah, pegawai dari UCTC yang turut dibantu oleh Encik Khairul Azmi Za'ba dan Encik Mohamad Hafiz. Bagi topik Pengecaman Herba iaitu pokok herba yang dapat membantu untuk menghalau nyamuk melalui aroma pokok, ianya telah disampaikan oleh Puan Mahani Amat, pegawai dari UCTC UPM dan dibantu oleh Cik Junizawati Mohd Zin dari Taman Pertanian Universiti UPM. Program diakhiri dengan aluan penutup dari Pengarah UCTC, yang juga merangkap ketua projek Prof. Dr. Mansor Abu Talib.

Komuniti telah mempelajari cara membuat perangkap nyamuk dan penghalau nyamuk menggunakan bahan dapur dan pokok-pokok herba yang terdapat di sekitar rumah. Terima kasih kepada Persatuan Penduduk Taman Desa Surada, Tuan Haji Mohd Azam Hamzah dan AJK.Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.

Tarikh Input: 06/08/2018 | Kemaskini: 06/08/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEUIAb~