PROGRAM PERTANIAN ANGKAT ZON TIMUR: PENGURUSAN TERNAKAN IKAN AIR TAWAR
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM dengan kerjasama Persatuan Pendidik Profesional Negeri Kelantan (PROPENDIDIK) telah menganjurkan Program Pertanian Angkat Zon Timur yang memfokuskan pengurusan ternakan ikan air tawar.
Program ini telah dilaksanakan pada 8 Oktober 2022 bertempat di Dewan Komuniti Alor Bakat, Bachok Kelantan.
Dua orang pakar bidang telah dilibatkan iaitu Dr. Rozihan Mohamed dari Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian UPM dan Dr. Rohasliney Hashim dari Jabatan Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan Alam Sekitar UPM.
Semoga kerjasama antara UPM dan PROPENDIDIK Negeri Kelantan dapat diteruskan untuk membangunkan komuniti nelayan darat di daerah Bachok.
Tarikh Input: 12/10/2022 |
Kemaskini: 12/10/2022 | m_syafiq
PERKONGSIAN MEDIA