Program Pengembangan Ternakan UCTC UPM Tingkat Usaha Penternak Zon Timur | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Program Pengembangan Ternakan UCTC UPM Tingkat Usaha Penternak Zon Timur

Program Pengembangan Ternakan UCTC UPM Tingkat Usaha Penternak Zon Timur

Kemaman, 15 Mac 2018 - Program Pengembangan Ternakan UCTC Universiti Putra Malaysia - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu : Susulan daripada aktiviti pemindahan ilmu kepada penternak di Negeri Terengganu pada November 2017 lalu, peserta kursus telah melalui proses pemantauan pertama pada 12 - 13 Mac 2018. Sebanyak lima kali pemantauan di rancang sepanjang tahun 2018 di bawah projek ini.

Pemantauan program yang memfokuskan penternak kambing tenusu dilaksanakan secara intensif dan menyeluruh bersama kumpulan pakar pemakanan, kesihatan dan keusahawanan veterinar UPM. Elemen pemantauan dalam program pengembangan ternakan ini dapat menentukan kelestarian dan perkembangan peserta yang telah mengikuti pemindahan ilmu sebelum ini untuk mencapai program yang berimpak tinggi.

Terima kasih Jabatan Perkhidmatan Veterinar atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan Program Pengembangan Ternakan UCTC UPM - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu.

Tarikh Input: 29/04/2018 | Kemaskini: 29/04/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEUGAa~