Program Pengembangan Dan Keusahawanan Ternakan Ruminan Negeri Pahang Siri Ke-2 | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Program Pengembangan dan Keusahawanan Ternakan Ruminan Negeri Pahang Siri Ke-2

Program Pengembangan dan Keusahawanan Ternakan Ruminan Negeri Pahang Siri Ke-2

Temerloh, 30 April 2018 – Program Pengembangan dan Keusahawanan Ternakan Ruminan Negeri Pahang; Siri 2 telah diadakan pada 24 - 26 April 2018 di Kolej Risda Kg. Awah, Temerloh, Pahang. Program siri ke-2 ini berfokuskan kepada Pengurusan Kesihatan dan Keusahawanan Ternakan Ruminan Tenusu kepada penternak ruminan tenusu di sekitar negeri Pahang.

Selain dari pemindahan ilmu secara teori dan amali, lawatan pemantauan turut dilaksanakan secara intensif dan menyeluruh bersama kumpulan pakar pemakanan, kesihatan dan keusahawanan veterinar UPM. Elemen pemantauan dalam program pengembangan ternakan ini dapat menentukan kelestarian dan perkembangan peserta yang telah mengikuti pemindahan ilmu sebelum ini untuk mencapai program yang berimpak tinggi.

Terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang​ KOLEJ RISDA Pahang, seluruh staf JPV Negeri Pahang dan penternak-penternak ruminan tenusu Negeri Pahang. Semoga berjumpa lagi pada fasa pemantauan akan datang.

Tarikh Input: 06/08/2018 | Kemaskini: 06/08/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEZHA0~