Program Pembangunan Sri Lanka : Kepimpinan Menerusi Pengurusan Asas Sekolah | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Program Pembangunan Sri Lanka : Kepimpinan menerusi Pengurusan Asas Sekolah

Program Pembangunan Sri Lanka : Kepimpinan menerusi Pengurusan Asas Sekolah

SERDANG, 13 April 2018 - Program ini merupakan program kerjasama UCTC dan juga kementerian pentadbiran awam Sri Lanka iaitu National Human Resources Development Council of Sri Lanka (NHRDC) bersama Kementerian Pendidikan, Sri Lanka Siri ke-2 pada 2018 yang telah dilaksanakan pada 5-12 April 2018. Seramai 30 orang peserta mengikuti program ini yang terdiri daripada pegawai kementerian dan pengetua sekolah, Sri Lanka.

 

Program ini memfokuskan kepada sistem pentadbiran pendidikan di Malaysia dan Singapura yang dijadikan penanda aras kepada sistem pendidikan di Sri Lanka. Pelbagai program diatur sepanjang program iaitu taklimat berkaitan sistem pendidikan dari pelbagai bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia dan lawatan ke sekolah di Malaysia dan termasuk sekolah di Singapura untuk melihat dengan lebih dekat fasiliti dan perancangan pendidikan sekolah yang diguna pakai.  Antara sekolah yang dilawati adalah Sek. Jenis Keb. Tamil Serdang, Sek. Men. Keb. Aminuddin Baki, Sek. Jenis Keb. Tamil Springhill, Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Peserta juga di bawa melawat beberapa tempat menarik di Malaysia.

Tarikh Input: 03/05/2018 | Kemaskini: 03/05/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEaDA4~