Program Jelajah Bas Putra Sempena Program Kesedaran Halal Di Kolej Vokasional Sh | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Program Jelajah Bas Putra Sempena Program Kesedaran Halal Di Kolej Vokasional Sh

Program Jelajah Bas Putra Sempena Program Kesedaran Halal Di Kolej Vokasional Sh


Shah Alam, 16 Ogos 2016–  Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM telah dijemput untuk mengadakan pameran Bas Pengembangan Putra bersempena dengan program Kesedaran Halal anjuran Institut Penyelidikan Produk Halal UPM (IPPH) di Perkarangan Surau Al-Falah, Kolej Vokasional Shah Alam. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar terhadap konsep, prinsip, hubungan produk halal dengan syariah dan berkaitan halalan toyyiban. Penglibatan UCTC melalui Bas Pengembangan Putra ini pula dapat memberi informasi tambahan dan memperluaskan aktiviti jalinan masyarakat melalui program pengembangan. Tema pameran Bas Pengembangan Putra pada program kali ini ditumpukan kepada pameran mengenai produk halal dan yang berkaitan dengan halalan toyyiban selain lain-lain pameran seperti minyak masak dan juga pertanian.    

Program yang diadakan seawal jam 9.00 pagi telah berakhir pada jam 4.00 petang dan dihadiri oleh 100 orang peserta daripada kalangan pelajar Kolej Vokasional Shah Alam sendiri. Cenderamata juga disediakan oleh pihak UCTC kepada pengunjung Bas Pengembangan Putra ini. Program ini berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan pengisian dan informasi berguna berkenaan dengan konsep halalan toyyiban.

 

Tarikh Input: | Kemaskini: | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/1806/18
03-8946 4107/ 4114
C1571053019