Perbincangan Dan Lawatan Tapak Menerusi Program Putra @ Komuniti Surada | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Perbincangan dan Lawatan Tapak menerusi Program Putra @ Komuniti Surada

Perbincangan dan Lawatan Tapak menerusi Program Putra @ Komuniti Surada

Kajang, 20 April 2018 - Ahli bagi projek KTGS: Putra @ Komuniti Surada telah mengadakan satu perbincangan bagi mendapatkan komitmen awal dari Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Desa Surada.

Tujuan perbincangan ini adalah untuk membuat penilaian situasi di lapangan bagi mendapatkan data asas komuniti, mengadakan perbincangan bagi melaksanakan aktiviti, membuat lawatan untuk membangunkan plot demonstrasi dan mendapatkan sokongan dan komitmen dengan komuniti dan AJK setempat.

Projek yang akan dilaksanakan untuk tempoh setahun ini turut disertai oleh Taman Pertanian Universiti UPM dan Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM dalam bersama-sama membantu membangunkan komuniti bandar.

Tarikh Input: 29/04/2018 | Kemaskini: 29/04/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXESWAb~