PEMINDAHAN ILMU PAKAR UPM BERSAMA USAHAWAN TERNAKAN TERENGGANU | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » PEMINDAHAN ILMU PAKAR UPM BERSAMA USAHAWAN TERNAKAN TERENGGANU

PEMINDAHAN ILMU PAKAR UPM BERSAMA USAHAWAN TERNAKAN TERENGGANU

10 November 2017, Marang- Universiti Putra Malaysia melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Persekutuan (JPV) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu (JPV Terengganu) memulakan kerjasama strategik melalui usahasama program latihan dan pembangunan staf serta komuniti penternak setempat.

Program ini mensasarkan penyertaan dari staf frontliner dan kelompok penternak lembu pedaging dan kambing tenusu di sekitar kawasan Terengganu. Program kerjasama ini memfokuskan aspek pengurusan pemakanan dan kesihatan ternakan yang merangkumi pemakanan ruminan, ciri dan keperluan nutrien mengikut jenis ruminan pilihan dan tahap tumbesaran, kesihatan gerompok ternakan, penyakit-penyakit yang lazim dalam ternakan ruminan, kaedah rawatan khusus bagi penyakit ternakan serta langkah pencegahan penyakit. Aspek pengurusan biosekuriti dalam ternakan ruminan juga akan ditekankan.

Untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program kepada peserta dan organisasi, lawatan pakar UPM/JPV ke lapangan dan khidmat nasihat akan dilaksanakan 3 bulan dan 6 bulan selepas pelaksanaan program untuk memastikan kelestarian dan pelaksanaan program yang berimpak tinggi (4 hingga 5 bintang).

Tarikh Input: 17/11/2017 | Kemaskini: 17/11/2017 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDdOAH~