PEMANTAUAN PROJEK UNIVERSITY FOR SOCIETY (U4S) ZON UTARA PULAU TUBA, LANGKAWI | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » PEMANTAUAN PROJEK UNIVERSITY FOR SOCIETY (U4S) ZON UTARA PULAU TUBA, LANGKAWI

PEMANTAUAN PROJEK UNIVERSITY FOR SOCIETY (U4S) ZON UTARA PULAU TUBA, LANGKAWI

PULAU TUBA, LANGKAWI, 29 April 2021- Lawatan pemantauan sulung oleh Encik Shahril Abdullah, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat (BKIM), JPT bersama Prof. Dr. Loh Teck Chwen selaku ketua sekretariat U4S ke projek U4S Zon utara. Pemantauan ini diadakan bertujuan memastikan projek U4S berjalan dengan lancar dan baik walaupun berlakunya pandemik COVID-19 di negara.

Pelaksanaan projek U4S bermula pada 28 Februari 2020 dengan Majlis Kelestarian Universiti Untuk Masyarakat (U4S) yang telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan & Antarabangsa) dan sehingga kini projek ini telah memasuki fasa akhir pelaksanaan.

Antara projek U4S yang di pantau ialah Projek Sistem Pengawasan Ternakan Kupang (UUM), Projek Aquanom (UUM), Projek Mini Perpustakaan (UPSI), Projek Ternakan Cendawan Tiram (UUM), Projek Tikar Mengkuang (UUM), Projek Co&Coal (UUM), Projek Digital Language E-Manual (UNIMAP) dan Projek Usahawan Digital (UNIMAP).

Tarikh Input: 01/06/2021 | Kemaskini: 01/06/2021 | k_mhafis

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEaNAD~