PAMERAN BAS PENGEMBANGAN PUTRA & CILIK PERTANIAN DI KAMPUNG SUNGAI BUNYI, PONTIAN, JOHOR | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » PAMERAN BAS PENGEMBANGAN PUTRA & CILIK PERTANIAN DI KAMPUNG SUNGAI BUNYI, PONTIAN, JOHOR

PAMERAN BAS PENGEMBANGAN PUTRA & CILIK PERTANIAN DI KAMPUNG SUNGAI BUNYI, PONTIAN, JOHOR

Pontian, 22 Jun 2023 – University Community Transformation Centre - UCTC UPM telah melaksanakan Pameran Bas Pengembangan Putra dan aktiviti Cilik Pertanian di Perkarangan Masjid Kampung Sungai Bunyi.
 
 
Pameran Bas Pengembangan Putra diadakan dengan pengisian pameran pertanian berkaitan biji benih, contoh media tanaman, cendawan, pembuatan silaj, produk hiliran pertanian. Turut dipamerkan pakej lawatan ke lokasi edupark di UPM, burung cenderawasih, contoh kanser dan rangka kepala kuda. Pameran ini bertujuan memberi pendedahan dan ilmu kepada palajar dan komuniti sekitar.
 
 
Selain pameran Bas Pengembangan Putra, turut berlangsung juga aktiviti Cilik Pertanian yang berfokus kepada pelajar sekolah rendah bagi memberi ilmu dan pengalaman secara terus dengan amali penanaman secara hidroponik dan semaian biji benih dan semaian bebawang. Seramai lebih 100 orang pelajar menyertai aktiviti ini dan hasil aktiviti dibawa semula ke Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi bagi projek pembangunan kebun dapur di sekolah berkenaan selaras dengan moto UPM Berilmu Berbakti.
 
 

 
Projek ini merupakan permohonan daripada komuniti sempena Penilaian Program Kampung Contoh Peringkat Negeri Johor. Kampung Sungai Bunyi telah tercalon antara 3 kampung terbaik peringkat negeri Johor dan penilaian ini bagi menentukan yang manakah bakal dinobatkan sebagai kampung terbaik untuk negeri Johor bagi peringkat seterusnya.
Semoga program ini memberi manfaat dan membantu komuniti membangunkan diri dan keluarga melalui khidmat kepakaran UPM dengan slogan Dari Gedung Ilmu Ke Lapangan.
Maklumat lanjut hubungi kami di uctc_all@upm.edu.my
 
 

Tarikh Input: 05/07/2023 | Kemaskini: 05/07/2023 | khairulazman

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEdDAQ~