MESYUARAT DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM PENDIDIKAN & PERTANIAN PUTRA | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » MESYUARAT DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM PENDIDIKAN & PERTANIAN PUTRA

MESYUARAT DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM PENDIDIKAN & PERTANIAN PUTRA

Pontian, 25-26 Januari 2022 – University Community Transformation Centre - UCTC UPM telah berkolaborasi bersama komuniti Kampung Sungai Bunyi, Pontian, Johor dan agensi setempat bagi melaksanakan Program Pendidikan dan Pertanian Putra. Lawatan tapak dan mesyuarat bersama wakil komuniti serta agensi setempat telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan program, dan melihat secara terus lokasi program serta keperluan semasa program. Program yang akan dilaksanakan selama setahun ini yang akan membantu komuniti di Pontian, Johor dari aspek pendidikan dan pertanian, melalui 3 fasa program selaras dengan moto UPM Berilmu Berbakti.
 
Fasa pertama program akan dilaksanakan pada 24 hingga 26 Februari 2022 melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat kepada semua komuniti yang terlibat. Aktiviti merangkumi pemindahan ilmu, pameran pendidikan dan inovasi teknologi, dan pelbagai aktiviti lain sesuai semua lapisan masyarakat dengan slogan Dari Gedung Ilmu Ke Lapangan. Semoga program yang dirancang untuk dilaksanakan ini akan memberi manfaat dan membantu komuniti membangunkan diri dan keluarga melalui khidmat kepakaran UPM.
 

Tarikh Input: 27/01/2022 | Kemaskini: 27/01/2022 | k_mhafis

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDdFAm~