Majlis Perasmian Penutup Program Pembangunan Agropreneur: Connecting Agri Needs (CAN) | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Majlis Perasmian Penutup Program Pembangunan Agropreneur: Connecting Agri Needs (CAN)

Majlis Perasmian Penutup Program Pembangunan Agropreneur: Connecting Agri Needs (CAN)

19 Februari 2022 (Sabtu)
Dirasmikan oleh: YBhg. Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin
Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Putra Malaysia
 
Seramai 40 orang peserta belia masyarakat India yang sangat komited telah berjaya menamatkan program latihan usahawan tani selama sebulan. Lima modul ditawarkan merangkumi penanaman cendawan, fertigasi cili, penternakan kelulut, penternakan ikan tilapia dan penternakan ayam. Program ini anjuran Fakulti Pertanian dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM) dengan kerjasama Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Kementerian Perpaduan Negara.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua pakar penceramah dari Fakulti Pertanian dan pegawai di Pusat Pertanian Putra di atas perkongsian ilmu dan penyediaan fasiliti latihan sepanjang program ini dijalankan. Terima kasih kepada pengusaha industri dan agensi seperti MARDI, TEKUN dan lain-lain yang turut terlibat dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada ahli jawatankuasa penganjur dan terutamanya Pengarah Program ini Prof. Dr Uma Rani Sinniah di atas komitmen dan kesungguhan bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar sehingga akhir program.
 
Semoga para peserta akan dapat merealisasikan impian masing-masing untuk menjadi seorang usahawan tani berjaya. Tahniah dan syabas!
 

Tarikh Input: 21/02/2022 | Kemaskini: 21/02/2022 | k_mhafis

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDdUAJ~