Majlis Perasmian Fasa 4 Kebun Komuniti Garden 8 Di Taman Perwira, Gombak | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Majlis Perasmian Fasa 4 Kebun Komuniti Garden 8 di Taman Perwira, Gombak

Majlis Perasmian Fasa 4 Kebun Komuniti Garden 8 di Taman Perwira, Gombak

3 September 2022 - Majlis Perasmian Fasa 4 Kebun Komuniti Garden 8 di Taman Perwira, Gombak telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof Dr Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) mewakili Naib Canselor UPM dan pengurusan UPM.
.
Turut hadir Prof Dr Loh Teck Chwen, Pengarah UCTC, Prof Madya Dr Khairulmazmi Ahmad, Timbalan Pengarah UCTC, Encik Alify, wakil dari BKIM JPT, KPT, Encik Abdul Latif Mohamed, wakil komuniti Garden 8, dan Encik Ezwan, Timbalan Yang Dipertua BKPSIG.
.
Majlis dimeriahkan dengan persembahan anak-anak Garden8 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 65 dan Hari Malaysia.
.
Kira-kira 50 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada warga komuniti Garden8, dan Pegawai UPM.
.
Dijemput semua untuk LIKE kebun komuniti Garden 8 dan Sri Sedili, Klang di facebook PlanMalaysia untuk Anugerah Kejiranan Hijau 2022.
 
.

Tarikh Input: 05/10/2022 | Kemaskini: 05/10/2022 | m_syafiq

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEbJA2~