Majlis Apresiasi Program Siswapreneur 2017 | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Majlis Apresiasi Program Siswapreneur 2017

Majlis Apresiasi Program Siswapreneur 2017

Serdang, 20 Februari 2018- Majlis Apresiasi Program Siswapreneur UPM 2017 ini diadakan bagi meraikan penglibatan dan sokongan pelajar, pensyarah serta agensi keusahawanan dalam menjayakan program keusahawanan anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan Dan Kebolehpasaran Graduan (CEM). Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM.

Majlis Apresiasi ini menggabungkan 3 program utama iaitu Siswapreneur Advance@ UPM, Siswapreneur@SME dan Social Enterprise@Urban Community (SE@UC). Pihak UCTC UPM telah terlibat langsung dalam program Social Enterprise@Urban Community (SE@UC).

Setinggi tahniah diucapkan dari staf UCTC UPM terutama kepada alumni TRADEC UPM (Trading Entrepreneurship Challenge) yang berjaya merangkul hadiah dalam kategori yang dipertandingkan. Tahniah!!

Tarikh Input: 29/04/2018 | Kemaskini: 29/04/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/1806/18
03-8946 4107/ 4114
C1571053394