Majlis Apresiasi Industri Dan Komuniti UPM (ICAN 2018) | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti UPM (ICAN 2018)

Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti UPM (ICAN 2018)

Putrajaya, 26 April 2018- Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti UPM (ICAN 2018) pada 25 April 2018 pukul 2.00 petang bertempat di Pulse Grande Hotel, Putrajaya dan dirasmikan oleh Ybhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris , Naib Canselor UPM.

Majlis kali ke-7 yang dianjurkan ini adalah salah satu program tahunan UPM yang diadakan bertujuan untuk menghargai sumbangan rakan industri dan komuniti terhadap kerjasama dalam menjayakan fungsi jaringan industri dan masyarakat - universiti.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang ICAN2018 dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir, pegawai UPM, para jemputan dari komuniti dan industri, dan para media. Teruskan BERILMU, BERBAKTI untuk melonjakkan lagi perkhidmatan industri dan komuniti di UPM

Jumpa lagi di ICAN2019!

Tarikh Input: 29/04/2018 | Kemaskini: 02/05/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEaHAt~