MAJLIS APRESIASI INDUSTRI DAN KOMUNITI (ICAN 2025) | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI uctc
» BERITA » MAJLIS APRESIASI INDUSTRI DAN KOMUNITI (ICAN 2025)

MAJLIS APRESIASI INDUSTRI DAN KOMUNITI (ICAN 2025)

UPM, Serdang – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Majlis Apresiasi Industri dan Komuniti (ICAN 2023/2024) pada 29 September 2025.

ICAN 2023/2024 adalah acara dwi-tahunan yang ke-11, bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan rakan industri, komuniti dan warga kampus UPM di sepanjang tahun 2023 dan 2024. Libat sama mereka yang cemerlang dalam pelbagai aktiviti memasyarakatkan universiti untuk terus memacu pembangunan negara dan kefungsian sosial.

Majlis ini juga sebagai platform untuk meningkatkan motivasi warga kampus yang terdiri daripada pegawai dan pelajar yang terlibat dengan aktiviti jaringan industri dan komuniti untuk terus lebih cemerlang pada masa akan datang.

Tarikh Input: 19/08/2025 | Kemaskini: 19/08/2025 | khairulazman

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
X, (12:53:21pm-12:58:21pm, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]