Latihan Pertanian Bandaran Tingkat Ilmu Staf UPM Kampus Bintulu | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Latihan Pertanian Bandaran Tingkat Ilmu Staf UPM Kampus Bintulu

Latihan Pertanian Bandaran Tingkat Ilmu Staf UPM Kampus Bintulu

Bintulu, 22 Mac 2018- Program pemindahan ilmu dan jaringan bersama staf Taman Pertanian Universiti di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu,Sarawak dalam memperkasakan pembangunan pertanian bandaran bertujuan untuk contoh dan rujukan dalam pertanian bandaran peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

Program yang dilaksanakan selama 2 hari bermula pada 20 Mac 2018 yang lalu telah memberikan pengenalan, konsep serta pelan pelaksanaan pertanian bandaran di UPM Kampus Bintulu. Sesi pemindahan ilmu pertanian bandaran tersebut telah disampaikan kepada 30 orang staf TPU UPM Bintulu terpilih yang berperanan sebagai agen perubahan terutama dalam pelaksanaan pertanian bandaran di UPM Kampus Bintulu serta kawasan sekitarnya.

Tarikh Input: 29/04/2018 | Kemaskini: 29/04/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/1806/18
03-8946 4107/ 4114
C1571052143