KURSUS TANAMAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN & MAJLIS PENUTUP PROGRAM BERSAMA AADK | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » KURSUS TANAMAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN & MAJLIS PENUTUP PROGRAM BERSAMA AADK

KURSUS TANAMAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN & MAJLIS PENUTUP PROGRAM BERSAMA AADK

Sesi kelas teori pasca tuai hasil buah-buahan tempatan oleh Dr. Azizah Misran (Jab. Sains Tanaman, Fakulti Pertanian) dan teknik pemasaran hasil oleh Prof. Madya Dr. Norsida Man (Jab. Teknologi Pertanian, Fakulti Pertanian) bagi hari terakhir Program Latihan Kemahiran Pegawai AADK: Kursus Tanaman Buah-buahan Tempatan.
 
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat; YBhg. Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin dan Timbalan Pengarah UCTC; Prof. Madya Dr. Khairul Mazmi Ahmad. Turut bersama para pegawai pengiring dari Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
 
Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), para peserta dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), tenaga pakar pengajar Pusat Pertanian Putra dan Fakulti Pertanian UPM.
 

Tarikh Input: 08/04/2022 | Kemaskini: 08/04/2022 | k_mhafis

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEXTAa~