Kunjungan Hormat UCTC Ke Pejabat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kope | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Kunjungan Hormat UCTC ke Pejabat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kope

Kunjungan Hormat UCTC ke Pejabat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kope


Putrajaya, 12 Oktober 2016 – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM di bawah projek Pembangunan Pusat Pengkomposan dan Kemahiran Komuniti Desa Long Semadoh di Parlimen Lawas, Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB. Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri KPDNKK.

Kunjungan hormat ini diadakan di Pejabat Timbalan Menteri KPDNKK di Putrajaya, jam 10.00 pagi.Lawatan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hawa ZE Jaafar, Pengarah UCTC, Prof. Madya Dr. Azwady Abd Aziz, Fakulti Sains dan Dr. Shazali Johari, Fakulti Perhutanan.

Lawatan ini bertujuan mengukuhkan kerjasama dan penglibatan KPDNKK dalam projek ini yang melibatkan pembangunan sosioekonomi komuniti Desa Long Semadoh melalui projek pengkomposan dan kemahiran komuniti dalam agro keusahawanan. Projek ini akan memperkenalkan pengkomposan konvensional dan juga vermikompos kepada komuniti di sini di samping pembangunan kemahiran dalam industri asas tani berdasarkan sumber-sumber pertanian sedia ada.

Yang Berhormat Dato’ dijangka akan merasmikan Pusat Pengkomposan dan Kemahiran Komuniti Desa Long Semadoh Di Parlimen Lawas, Sarawak pada 19 November 2016 ini.

 



Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEZMA2~