Kunjungan Hormat Kementerian Pengurusan Bencana Dan Bantuan,Bangladesh Ke UCTC UPM | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Kunjungan Hormat Kementerian Pengurusan Bencana dan Bantuan,Bangladesh ke UCTC UPM

Kunjungan Hormat Kementerian Pengurusan Bencana dan Bantuan,Bangladesh ke UCTC UPM

Putrajaya, 31 Julai 2018- Pusat Transformasi Komuniti Universiti - UCTC UPM telah menerima kunjungan rombongan kehormat daripada Kementerian Pengurusan Bencana dan Bantuan, Bangladesh diketuai oleh Menteri; Mofazzal Hossain Chowdhury Maya dan delegasi seramai 11 orang. UPM telah diwakili oleh Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat; YBhg. Prof. Dato' Dr. -Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo dan Pengarah UCTC UPM; Prof. Dr. Mansor Abu Talib serta Timbalan Pengarah; Prof. Dr. Uma Rani Sinniah.

Upacara perasmian telah dimeriahkan lagi persembahan silat rancak dan kompang oleh para pelajar Kolej Vokasional Sepang. Antara pengisian program lawatan ini adalah ceramah oleh Prof. Ir. Dr. Nor Mariah Adam (Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan UPM) dan lawatan ke Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam rangka lawatan di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri pula telah diadakan sesi perkongsian dan pengalaman berkenaan mekanisma pengurusan bencana, peranan dan fungsi, kapasiti dan strategi. Sesi tersebut telah dibawakan oleh En Zainal Azman, Timbalan Pengarah NADMA.

Semoga dengan jaringan ini dapat membuka lagi peluang kerjasama lain di masa hadapan.

Tarikh Input: 07/08/2018 | Kemaskini: 07/08/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEaRAa~