KERJASAMA MYFUNDACTION DAN UCTC | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » KERJASAMA MYFUNDACTION DAN UCTC

KERJASAMA MYFUNDACTION DAN UCTC

20 Disember 2021 - UCTC UPM sekali lagi bersama MyFundAction telah menggerakkan misi bantuan segera untuk mangsa banjir. Pada kali ini lokasi yang disasarkan adalah di kawasan Putra Intan Condominium, Dengkil (semasa banjir air naik sehingga paras leher, kereta tenggelam- sini elektrik dan air bersih terputus), Taman Delima Jaya, dan kawasan staf UCTC, UPM yang terjejas dan terkandas di kawasan Dengkil.
 
PTJ UPM lain yang terlibat Fakulti Pertanian (Encik Nasrul yang memandu hilux), Encik Ikhsan (PPPA UPM), JINM/CiRNET (kenderaan), dan Haziq Zikri Majlis Perwakilan Pelajar UPM bersama rakan-rakan (membungkus dan mengurus sumbangan) untuk bantuan segera.
Alhamdulillah pada kali ini syarikat korporat seperti FamilyMart Malaysia yang telah menyumbangan 200 pek makanan segera, dan individu perseorangan yang menyumbangkan produk CP Frozen dan air mineral untuk mereka yang memerlukan. Inilah Keluarga Malaysia! Sumbangan tanpa mengira siapa.
 
Kami turut mendapat bantuan daripada Encik Fahmi Aziz, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, KBS yang membantu untuk menghantar sumbangan menggunakan sampan yang disediakan. Terima kasih semoga dimudahkan urusan kita semua.
Terima kasih MyFundAction, FamilyMart, KBS, CP Frozen dan semua yang terlibat dengan sumbangan yang diberikan dan kami telah sampaikan amanah anda. Semoga kita semua dilindungi dan dipermudahkan urusan serta diberikan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.
 
InsyaAllah team kami akan ke lokasi lain yang memerlukan termasuk golongan asnaf yang tidak kami lupakan. Kami cuba mana yang mampu, ibarat kata pepatah, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" . Hanya doa yang mampu diberikan untuk semua yang terjejas akibat banjir semoga diberikan ketabahan dan kekuatan.
 

Tarikh Input: 30/12/2021 | Kemaskini: 30/12/2021 | k_mhafis

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXDdJA0~