KARNIVAL GARDEN 8 TAMAN PERWIRA, GOMBAK | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » KARNIVAL GARDEN 8 TAMAN PERWIRA, GOMBAK

KARNIVAL GARDEN 8 TAMAN PERWIRA, GOMBAK

11 JUN 2022 - SABTU , KARNIVAL GARDEN 8 TAMAN PERWIRA, GOMBAK. Tahniah kepada komuniti Garden 8 kerana berjaya melaksanakan program Karnival Garden 8 yang cukup meriah.Penglibatan UCTC dan UPM (Fakulti Pertanian, Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan) dalam aktiviti seperti pemindahan ilmu berkaitan asas pengurusan ternakan kelulut oleh Dr Syari Jamian, FP, pemeriksaan haiwan kesayangan kucing oleh pasukan perubatan veterinar UPM di bawah kelolaan Prof. Dr Jalila, Demo membuat sabun dari minyak terpakai oleh Dr Saliza, FPSK, Cilik Pertanian oleh UCTC dan Dapur Putra masakan rendang cendawan dan kerabu bayam brazil oleh komuniti bersama UCTC UPM.
 
UCTC UPM juga telah terlibat aktif dengan komuniti ini sejak hujung tahun lepas telah membantu pemindahan ilmu dalam pertanian bandar sebelum ini dan komuniti berjaya mengaplikasikan ilmu yang diberi. Malah, kebun komuniti Garden 8 juga dipilih sebagai RAKAN KEBUN KOMUNITI UCTC UPM yang merupakan satu pengiktirafan tertinggi dan yang pertama diberikan di atas kriteria kriteria yang telah ditetapkan. Sijil penghargaan disampaikan oleh Pengarah UCTC, Prof. Dr. Loh Teck Chwen. Kira -kira 200 orang pengunjung dan jiran tetangga kawasan ini telah hadir dan program ini telah dirasmikan oleh YDP Majlis Perbandaran Selayang Tuan Yazid, yang turut merasmikan Kebun Komuniti Fasa 2 & 3. Penglibatan pelbagai agensi seperti Majlis Perbandaran Selayang, Agrobank, Pejabat Pertanian Daerah Gombak dalam program ini telah mencapai objektif "SDG17 Partnerships for the goals". Penglibatan aktif komuniti seperti jualan hasil kebun, sesi demonstrasi masakan, produk hiliran dan banyak lagi telah menunjukkan komuniti sangat komited dan berlakunya penghakupayaan bagi menganjurkan sesuatu program.Malah, Fasa 4 kebun komuniti juga sedang di dalam proses pembangunan.
 
Tahniah kami ucapkan!!
 

Tarikh Input: 20/07/2022 | Kemaskini: 20/07/2022 | k_mhafis

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEUJAs~