Jaringan Kerjasama Dalam Pembangunan Komuniti Dan Kelestarian Biodiversiti | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Jaringan Kerjasama dalam Pembangunan Komuniti dan Kelestarian Biodiversiti

Jaringan Kerjasama dalam Pembangunan Komuniti dan Kelestarian Biodiversiti

Cheras, 11 Januari 2018 – Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM) terus mengorak langkah dalam usaha melonjakkan pembangunan komuniti dan kapasiti kelestarian biodiversiti sumber. Terbaharu , jaringan strategik UCTC UPM diteruskan bersama Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) , dimana sesi pertemuan jaringan dan potensi projek bersama telah diadakan pada 10 Januari yang lalu di PERHILITAN, Cheras  dalam usaha mewujudkan peluang dan ruang penambahbaikan program pembangunan komuniti dan kelestarian biodiversiti sumber untuk dibangunkan bersama UPM dan PERHILITAN.

Sesi jalinan kerjasama ini membuka jalan untuk UCTC UPM dan PERHILITAN berkongsi pengalaman dan kepakaran untuk manfaat semua. UPM dan UCTC UPM sedia berkhidmat dan menyumbang kepada penambahbaikan kehidupan, pengkayaan ilmu pengetahuan dan inovasi khususnya dalam bidang biodversiti sumber.

Tarikh Input: 29/04/2018 | Kemaskini: 29/04/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/1806/18
03-8946 4107/ 4114
C1568906155