Jaringan Ilmu UCTC UPM Menerusi Laman Herba Sekolah | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Jaringan ilmu UCTC UPM menerusi laman herba sekolah

Jaringan ilmu UCTC UPM menerusi laman herba sekolah

Sabak Bernam, 8 September 2017 - UCTC UPM meluaskan jaringan komuniti dengan perkongsian ilmu kepada warga Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan, Sekinchan, Selangor pada 5 - 6 September 2017.

Seramai 100 orang pelajar tahun 4 dan tahun 5, dan guru-guru di SK Seri Sekinchan telah mengikuti demonstrasi penanaman, penyediaan kompos dan penyediaan tapak laman herba. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik pelajar sekolah menyayangi alam sekitar dan membina laman herba bagi tujuan pendidikan.

Program berkenaan turut mendapat sumbangan anak benih pokok herba dan ceramah berkaitan herba dari MARDI Serdang.

Tarikh Input: 09/10/2017 | Kemaskini: 09/10/2017 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXEVAA6~