Jalinan Strategik Dan Perbincangan Kerjasama UCTC UPM Bersama RISDA | PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
» BERITA » Jalinan Strategik dan Perbincangan Kerjasama UCTC UPM bersama RISDA

Jalinan Strategik dan Perbincangan Kerjasama UCTC UPM bersama RISDA

Serdang, 11 April 2018- UCTC - Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Universiti Putra Malaysia berperanan sebagai penggerak program pemindahan ilmu dari universiti ke lapangan dan mengadakan jaringan strategik dengan pihak berkepentingan.

Pada 10 April 2018 yang lalu, UCTC UPM telah menjemput agensi dari RISDA untuk menjalinkan kerjasama strategik dan perbincangan kerjasama dengan RISDA dalam program pengembangan dan pemindahan ilmu serta program-program lain yang bersesuaian. Seramai 8 orang delegasi dari RISDA telah hadir ke UCTC UPM yang diketuai oleh YBhg. Dato' Nasarudin Bin Malek,Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Pejabat Ketua Pengarah, RISDA.

Turut bersama dalam mesyuarat berkenaan adalah PTJ dari UPM iaitu wakil dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia , Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Pusat Alumni UPM, Institute of Tropical Agriculture & Food Security - ITAFoS, UPM, dan Putra Science Park UPM.

Ucapan terima kasih dari pihak UCTC UPM kepada delegasi RISDA kerana sudi berkunjung ke UPM dan terima kasih kepada semua PTJ di UPM yang terlibat. Semoga usaha ini memberikan ruang dan peluang yang lebih besar kepada UPM untuk memenangi program pengembangan, pemindahan ilmu, penyelidikan dan lain-lain pada masa hadapan.

Tarikh Input: 29/04/2018 | Kemaskini: 29/04/2018 | zaidi_tajuddin

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1805/ 1806
03-8946 4107/ 4114
SXETGAh~